Kitab Hadith Shahih Muslim
Menerima Tanpa Meminta
Dari Salim bin Abdullah r.a., dari bapanya katanya: Rasulullah SAW pernah memberikan (bahagian zakat) kepada Umar bin Khathab r.a., lalu ditolak oleh Umar katanya: "Ya Rasulullah! Berikanlah kepada orang yang lebih memerlukannya daripadaku." Sabda Rasulullah SAW., "Ambillah dan pergunakanlah untuk keperluanmu, atau sedekahkan! Apabila engkau diberi orang suatu pemberian tanpa engkau idam-idamkan dan tanpa minta-minta, terimalah pemberian itu. Tetapi (ingat), sekali-kali jangan meminta." Kata Salim, "Oleh kerana itu Ibnu 'Umar (ayah Salim) tidak pernah meminta apa saja kepada seseorang dan tidak pernah pula menolak apa yang diberikan orang kepadanya."
( Salim bin Abdullah r.a )
No comments:
Post a Comment