Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya Tidak
ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain daripada keberanian
hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya
melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.
Huraian Hadith:
Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan
orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri
setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang
lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar
dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan
timbul. Oleh itu Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara
api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan
daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah
S.A.W menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil
air sembahyang).
Imam al-Ghazali pula berkata:
Kemarahan manusia itu bermacam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat
tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang
lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling
terpuji.
Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam.
Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran
sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang
agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama
dihinakan.

No comments:
Post a Comment