Friday, March 30, 2012

LIKE, SHARE & MENANG!!


SENANG...

NAK MENANG GIVEAWAY MISTERI DAN PAKEJ SOLEKAN BAGI MAJLIS PERTUNANGAN ATAU NIKAH? HANYA LIKE DAN SHARE !

CARANYA:
1) klik link di bawah dan klik 'like' pada page
2) share status ini di wall anda..WALL MESTILAH PUBLIC
... 3) PEMENANG AKAN DIKIRA MELALUI SHARE STATUS TERBANYAK

PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 25 APRIL 2012!

3 PEMENANG UNTUK GIVEAWAY MISTERI DARI HELWAH COUTURE
& 1 PEMENANG PAKEJ SOLEKAN PERTUNANGAN@NIKAH

http://www.facebook.com/pages/Helwah-Touch-by-Helwah-Couture/284151034960426?sk=wall&filter=12

Friday, March 9, 2012

PANDUAN BAGI ORANG YANG DI UJI


Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya Tidak
ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain daripada keberanian
hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya
melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.


Huraian Hadith:
Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan
orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri
setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.


Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang
lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar
dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan
timbul. Oleh itu Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara
api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan
daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah
S.A.W menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil
air sembahyang).


Imam al-Ghazali pula berkata:
Kemarahan manusia itu bermacam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat
tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang
lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling
terpuji.


Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam.
Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran
sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang
agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama
dihinakan.

Friday, March 2, 2012

rezeki jangan ditolak

Kitab Hadith Shahih Muslim

Menerima Tanpa Meminta

Dari Salim bin Abdullah r.a., dari bapanya katanya: Rasulullah SAW pernah memberikan (bahagian zakat) kepada Umar bin Khathab r.a., lalu ditolak oleh Umar katanya: "Ya Rasulullah! Berikanlah kepada orang yang lebih memerlukannya daripadaku." Sabda Rasulullah SAW., "Ambillah dan pergunakanlah untuk keperluanmu, atau sedekahkan! Apabila engkau diberi orang suatu pemberian tanpa engkau idam-idamkan dan tanpa minta-minta, terimalah pemberian itu. Tetapi (ingat), sekali-kali jangan meminta." Kata Salim, "Oleh kerana itu Ibnu 'Umar (ayah Salim) tidak pernah meminta apa saja kepada seseorang dan tidak pernah pula menolak apa yang diberikan orang kepadanya."

( Salim bin Abdullah r.a )

Thursday, March 1, 2012

susah ke jaga aurat?

first and foremost time kasih pd kwn2 yg singgah ke blog yg xbrape nk aktif ni..almaklumlah sy ni bukan lah blogger yg setia...jrg skali sy gunekan blog sbg tpt meluah perasaan atau pendapat..mungkin sbb sy ade pilihan yg lbh baik..tp menulis ni xsalah kalau isinya itu bermanfaat dan kena pd tempat...mcm imam kita, imam Shafie...beliau menulis sebanyak 20 helaian setiap hari sehingga beliau meninggal dunia...bayangkan!
ok..enough for the intro..bebalik pada topik sy di atas...susah ke jaga aurat?..mungkin post kali ni tertuju kpd sesapa yg rasa dituju..lbh2 utk diri sendiri, kawan atau ahli keluarga sendri..sy berlapang hati kalau uolz boleh share pendapat...
sy tak berniat nk mengajar tp lbh kpd mengajak...tp pokok pangkalnya bebalik kpd diri sendri...tepuk dada tanya iman...by default semua muslim adalah beriman...tp knapa masih tak menjaga aurat?...alasannya; belum dapat seru / aku dh ada target bile nk start / ok apa,aku xkacau ko / aku bukan budak sekolah agama / mak bapak aku tak buat, so do i / tp aku tak tinggal solat ok / kt opis aku tutup aurat ape / laki aku tak suruh ..
benarlah iman setiap muslim ini bertingkat..lbh2 lg yg langsung xmenutup aurat, hanya Allah yang tahu setiap isi dalam hatinya...
tp ape pulak cerita dengan yg menutup aurat hanya pd tempat tertentu...terutama perempuan..my dear, awak dh pakai tudung..tp knapa xmenjaga aurat dgn betul...sedar atau tak bila berada dikhalayak, bersama org yg bukan mahram awak tak boleh berlengan pendek, berbaju ketat, berseluar ketat, menampakkan leher, menampakkan lutut+pusat..ye..sume sedar dan tau...tp..isyy...syg sungguh...dosa tetap dosa
tiada kompromi atau keringanan dalam menjaga aurat kerana ianya adalah hak Allah dan bukan hak kita utk menetapkan:
oh, kt rumah xpe, kwn je pon yg dtg..kawan baik ni...kang ape plak die kate tetibe aku beriye nk sarung tudung
oh, ni pakcik/makcik sedare..suami/isteri adik bradik mak ayah aku jugak...xpe..dari kecik die bela aku, berak kencing aku pun die yg jage, dh rapat sgt..
oh, ni sepupu sepapat...xpe...dh mcm adik beradik..suar kecik die pon aku lipat..kamon la...
oh, stakat dgn jiran tetangge xpe..hari2 dorg ni tgk aku klua masuk rumah menyapu berbagai..alang hari ujan pon xsempat de aku nk betudung litup ngangkat ke kain tu..
oh, ni outing dgn opismate..stakat g men bowling, kn bersukan, pakai santai2 sudaa..
oh, dlm facebook ok..ni gamba ngan family..ngan tunang..gamba je pon...
astaghfirullahal azim...ewah2...hello..dek non...sume tu xmenghalalkan niat kamu yg murni tu...kamu xmenjalankan tuntutan yang Allah gariskan...sedangkan, segala garis panduan pekeliling mak nenek sume kamu patuh, tersengguk2 bekerje mcm ayam kene patuk, tp periuk nasi yg uolz nk bawak ke akhirat kamu pandang enteng...kesan dr perbuatan di atas sy xkn kongsi di sini sbb sy pasti sume yg baligh berakal tahu mcmane nk rujuk ttg ilmu agama ni..antare nak dan taknak je...
salah seorang pendakwah wanita yg glamor di negara kita penah membuat satu kenyataan dalam ceramahnya tentang had menutup aurat bg wanita...sedih bile sy amati...menurut beliau memadai utk menutup kepala sehingga belahan leher baju sahaja...benar itu adalah salah satu dalil yang digunapakai sejak dulu lagi..tp...org2 arab @ terdahulu punya belahan baju sampai ke bawah..depa pakai jubah..mana boleh apply utk org negara ni yg pakai baju kurung...as a result, bentuk dada pun terserlah lah...ini pon 1 perkara yg perlu diteliti sebelum berguru..kalo setakat amik yg minimum, paras2 je pon bahaye..ibarat melutut nampak lutut, melompat nampak pusat..
dan bagi aurat lelaki sama pentingnya...bygkan kalo bro jd perempuan..betutup betudung betelekung bagai...mungkin byk masa yg perlu diambil utk mengatur peranan sebagai pemimpin...Allah kurangkan tuntutan menutup aurat tersebut sesuai dengan beratnya role dan tanggungjawab yg dibawa sebagai ketua keluarga dan pemimpin...setakat nk jaga area pusat ke lutut, it's a big shame la kalo xmampu nk buat..serious!...sy malu bile tgk ramai lg lelaki kt luar sana yg berseluar pendek di padang even dlm rumah kononnya tido time...
sesungguhnya apa yg kita buat hari ini memberi saham pada org disekeliling kita..walopon pd hemat kita, kita tidak menyakiti org lain, tp mata sipenjaga aurat akan mendapat dosa kecil kerana melihat aurat org lain..kita bakal memberi saham kepada ayah dan ibu, baik yg masih hidup apetah lg yg telah meninggal dunia...setiap dari kita beribu dan berayah..hanya doa anak yg soleh akan menjadi peneman ibu ayah yg telah meninggal...elakkanlah dr membuat dosa agar menjadi anak yg soleh dan diterima setiap doa oleh Allah swt..
muslim yg menutup aurat mencerminkan keindahan syiar agamanya..Islam meletakkan imej luaran sebagai cerminan dalaman..dan bukan seperti fahaman barat dan orientalis yang menjadikan dalaman pengukur kepada keperibadian seseorg...jd susah ke jaga aurat? bak kata suami sy, 'biasakan yg betul, betulkan yg biasa'...insya allah kita mampu mengubahnya!