Dalam kesibukkan menyiapkan diri dan keluarga menerima kehadiran cahaya mata kedua ni, terpanggil rasanya untuk berkongsi sedikit tips mengurus anak yang dah memasuki 'muscular stage'. Yang dah mula pandai membuat pilihan, yang sedang menunjukkan watak 'independent', mengurus dan suka mengawal. Sebagai ibubapa, kebimbangan kepada anak pertama dengan isu perhatian dan kasih sayang yang bakal berkurangan pasti wujud. Dan kami sedang melaluinya ;(
Anak membina peribadinya melalui kacamata ibubapanya:
- Nada suara kita
- Ekspresi tubuh kita
- Tindak balas kita
Menjadi bayangan siapa dirinya.
Tak dinafikan memang ada waktu kesabaran ini betul-betul diuji. Tapi hanya Allah yang tahu meruntun dalam hati sedih dan kesian bila teringat kita dah meninggi suara pada anak yang baru nak faham aturan hidup ni. uhh..kenape tak apply 'transactional analysis'...barula nk dtg ilham.
Anak-anak akan suka tersenyum apabila
ibubapanya sentiasa tersenyum dan begitu juga sebaliknya...Mereka adalah
pantulan wajah kita, MAKA! tentukan pilihan kita...
Sebahagian besar masa dan keberadaan kita di rumah sewajarnya diperuntukkan untuk mendengar dan melihat secara 'aktif' segala aktiviti anak-anak yang melibatkan hubungan komunikasi. Penat, baca suratkhabar, tonton tv, dsbgnya adalah alasan dan modal yang paling berkesan untuk mengubah emosi anak dari ceria kepada sedih dan akhirnya mencetuskan 'amukan' yang berpanjangan.
Apa yang perlu kita lakukan jika sikecil ini buat silap?
Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah BETULKAN DIRI (Kawal Diri) kita dahulu
sebelum 'memperbetulkan' anak. Apa sahaja yang dipamerkan oleh ahli syurga ini adalah sebahagian daripada mesej PEMBERI AMANAH iaitu Allah swt !
Apa pula yang perlu kita buat untuk mengawal anak baran?
1. Kawal Diri kita terlebih dahulu supaya kita tidak naik baran. Sentiasa sedar kita berkomunikasi dengan nada yang rendah(kasih sayang) walau setinggi mana nada suara anak kita.
2. Pastikan diri kita faham mengapa sesuatu larangan diberi (cth anak x
boleh makan ais krim ... kenapa) - kadang-kadang saja tak bagi dengan
tujuan menyakat atau tak ingat dah berjanji boleh menggalakkan sifat baran pada anak.
3. Terangkan dan jelaskan pada mereka sebab larangan.
4. Sekiranya mereka mengamuk... Jangan menyerah kalah dengan membatalkan larangan.
5. Sabar dan tunggu dia selesai mengamuk. Jangan kita sama mengamuk.
6. Selesai mengamuk jelaskan semula larangan tersebut dengan menekankan aspek 'larangan itu mempunyai kebaikan untuk dirinya'
7. Sebelum anak mengamuk ada fasa merajuk, pada fasa ini boleh beri
pilihan (cth: Ais krim boleh tapi selepas adik baik dari selsema,
sekarang adik nak roti atau keropok?) Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk mengalih perhatian anak kecil. Tapi hanya mampu dilakukan oleh ibubapa yang sedang rational.
8. Bila dia dah sejuk
bincangkan perangai buruknya tadi dan bimbing dia untuk fahami bahawa
setiap larangan adalah kerana kita sayangkan mereka.
Owh..inilah tahap kesabaran yang dituntut demi memberi yang terbaik kepada amanah Allah ini. Mereka sedang berekspresi, meluahkan perasaan, dan itu sahaja cara yang mereka ada. Mereka belum mampu menuturkan rasa dan emosi mereka.
Jika sekarang kita mengatakan anak-anak kita pada zaman kecilnya adalah seorang yang buas/ tak makan saman/ nakal/ jahat...Awas!..ibubapa ini telah melabel kurniaan Allah ini yang dibentuk sendiri dengan gaya kepimpinan keluarga yang dipilih sendiri oleh ibubapa tersebut. Amanah ini boleh dibimbing dan dilentur, bukan sedari kelahirannya tetapi dari sahsiah ibubapanya sendiri.
Baiklah, untuk
anak 2 tahun ke bawah pastikan 3 perkara ini dipenuhi:
1. Kenyang
perut
2. Tidak Mengantuk
3. Tidak Kotor (Lampin).
Tetaplah ajar dia,
'tidak', tidak bermaksud 'tidak'. Beri pilihan lain dan pujuklah, Jika mengamuk
juga biarkan seketika, sambil awasi dari sebarang perkara yang membahayakan.
Jadi...
Sebagai langkah menangani, pemakanan pon kena jaga. Berhati-hati dengan kandungan makanan
yang boleh menambah sifat agresif pada anak kita! Menurut kajian
pemakanan, sugar, additives, saturated fats, refined carbohydrates and caffeine adalah bahan yang terkandung dalam makanan ringan seperti coklat, gula-gula dan minuman berkarbonat, boleh menyumbang kepada peningkatan tahap keagresifan dalam diri anak kita. Pilih dulu segala pemberian buah tangan dari majlis ulangtahun atau
perkahwinan. Pastikan yang baik sahaja masuk ke dalam tubuh anak-anak.
Selain itu, ibubapa juga boleh cuba step ini:
1. Tarik Nafas dan Bertaawuz
2. Katakan pada diri sendiri "Aku adalah penyelesai masalah"
3. Berwudhuk
4. Minum Air
5. Tukar posisi
6. Solat dan sujud
Bukan mudah memikul tanggungjawab menjaga, memelihara dan membimbing anak-anak. Walaupun arwah ibu saya pernah kata, antara 3 orang anaknya, sayalah yang paling senang dibesarkan, dari lahir sampailah boleh berdikari sendiri. Namun pasti ada kepayahan dan kesulitan tersendiri lebih-lebih lagi bergelar anak pertama. Semoga setiap pengalaman kita bersama anak-anak tidak dicemari dengan penyesalan dan sentiasa berdoa moga kita mampu menjadi contoh yang terbaik kepada ahli syurga yang dipinjamkan hidup bersama kita ini.
Sebaik-baik cara mendalami jiwa anak-anak ini, perlulah dengan cara yang paling halus. Begitulah putaran yang berlaku apabila mereka melayan kita ketika hari tua nanti. Bersantun bahasa, berlembut tingkah laku, berdiam sabar, bukan bererti kita tidak membimbing dan mengajar..percayalah akan sampai waktu di mana ibubapa akan tersentuh bila melihat anaknya secara di luar jangka menurut akan apa yang pernah diajar dan menjauhi akan apa yang pernah dilarang.. penerimaan luar sedar anak-anak melangkaui pemikiran kita kerana mereka mampu menerima dan mencontohi pelbagai perkara dalam satu masa yang singkat..walaupun ketika mereka menangis!!!
Sebagai menutup perkongsian saya, dalam tempoh 5 minit, mari
kita renung sejenak jika anak kita yang dipinjamkan ini di ambil semula
oleh Allah, bagaimana agaknya kehidupan kita? adakah sama atau berbeza?
Catatkan dalam diari minda kita sikapnya yang akan sering kita rindukan,
keletahnya yang menghiburkan, juga apa agaknya yang sepatutnya kita
lakukan tetapi belum lagi dilakukan! Kenang dan tulis semuanya hanya
dalam masa 5 minit!
Semoga bermanfaat...wallahua'lam